Semenjak mengikuti kelas Muzik Tradisonal Malaysia ini, banyak yang telah saya pelajari tentang muzik tradisisonal yang terdapat di Malaysia. Sedangkan sebelum ini saya tidak pernah berminat untuk mendalami dan mempelajari apa itu muzik tradisional secara lebih mendalam. Sebelum ini apa yang saya tahu muzik adalah hanya sekadar untuk hiburan dan dapat menghilangkan rasa bosan dan apabila berhadapan dengan masalah terutamanya apabila muzik yang akan membuatkan kita rasa tenang.
Dalam minggu yang kedua iaitu kuliah yang kedua, saya telah mempelajari dan memahami 5 elemen dalam isi pengajaran yang disampaikan iaitu soundscape, budaya muzik, sejarah muzik, kategori alat muzik dan konsep/struktur muzik. Elemen yang pertama adalah soundscape iaitu permandangan bunyi yang merujuk kepada bagaimana krektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara. konsepnya sama seperti landscape tetapi landscape adalah melalui pandangan mata manakal soundscape adalah bunyi. Seterusnya elemen yang kedua pula adalah berkenaan dengan budaya muzik yang bermaksud penglibatan menyeluruh muzik seperti idea, aksi, institusi, material (peralatan, pakaian dan lain-lain). Muzik adalah adalah gabungan beberapa jenis bunyi yang dimelodikan tetapi bunyi adalah apa jua yang boleh didengar. Selain itu, muzik tradisional di Malaysia ini sebenarnya dipengaruhi oleh unsur-unsur Timur Tengah, India dan China seperti hadrah, kuda kepang, joget gamelan, zapin dan lain-lain lagi. Di samping itu juga, elemen alat muzik juga telah dipelajari. Kategori alat muzik terbahagi kepada empat iaitu kordofon ( contoh gitar), membranofon (contoh kompang), aerofon (contoh seruling) dan idiofon (contoh gong). Elemen yang terakhir adalah struktur/konsep muzik itu sendiri yang terbahagi kepada melodi, ritma/meter, harmoni, bentuk/form, notasi dan ekspresi/tafsir.
Untuk menambahkan lagi pengetahuan saya tentang muzik saya, pelbagai kaedah pembelajaran yang boleh saya gunakan bukan sekadar mendapatkan maklumat daripda pensyarah tetapi saya boleh membuat rujukan-rujukan lain seperti daripada internet, majalah-majalah berkenaan dengan muzik dan lain-lain lagi. dengan itu, pengetahuan saya tentang muzik tradisional di Malaysia akan lebih bertambah.
0 comments:
Post a Comment