Sunday, August 1, 2010

Minggu 3 : Jurnal Refleksi

Dalam kuliah minggu ketiga, 3 lagi objektif yang ingin dicapai iaitu dapat mengetahui kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia, kategori muzik tradisional Malaysia dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Adaptational iaitu penyesuaian muzik berorganik di mana muzik tersebut terhasil daripada digesek, dipalu, di ketuk dan ditiup yang mana tindak balasnya mengikut keadaan ekologi iaitu kebenaran estetik. Manakala idosyncratic pula adalah cara/ gaya yang tersendiri dan sulit. muziknya tanpa dilakukan apa-apa perubahan, bergantung kepada kestabilan unsur dan bentuk asal serta sifat semulajadinya dan kemampuan fisiologi. Contoh adaptational ialah di Malaysia (ghazal parti, ghazal Johor), di Arab ( Baladi dance, Ya Zuhur), di Indonesia (orkes gambus).

Klasifikasi alat muzik terbahagi kepada budaya alat muzik Cina iaitu 8 kumpulan asas logam, batu, kain, tanah, kulit, labu kering, buluh dan kayu. Budaya alat muzik India pula adalah gong, simbal, loceng, gendang, alat bertali dan alat tiupan. Manakala budaya alat muzik barat adalah mebgikut sistem taksonomy.

Ciri-ciri utama dalam muzik tradisional Malaysia terbahagi kepada 2 iaitu tradisi besar ( budaya/klasik istana) dan tradisi kecil ( budaya rakyat). Ciri-ciri muzik tradisional Malaysia boleh dipecahkan lagi kepada 6 bahagian iaitu muzik bentuk tarian utama ( joget gamelan dan tarian singa), muzik esembel genderang ( kompang, hadrah), muzik vokal dan instrumen solo ( zikir), muzik esembel sosial popular ( dondang sayang) dan muzik bentuk lain.

Apa yang saya pelajari pada kuliah ketiga ini adalah kesinambungan daripada kuliah yang kedua. Setiap minggu saya akan pelajari sesuatu yang baru tentang muzik tradisional yang ada di Malaysia.







0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 Yuniza Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template