Wednesday, August 25, 2010

Minggu 7: Jurnal Refleksi

Salam 1 Malaysia...

Pada minggu ke 7 ini telah bermula perbentangan oleh setiap kumpulan yang telah diberikan tajuk perbentangan masing-masing..Saya merupakan salah seorang daripada kumpulan pertama yang membentangkan tajuk Sejarah Muzik Tradisional Malaysia manakala kumpulan kedua pula membentang tajuk mereka iaitu Zikir.

~Sejarah Muzik Tradisional Malaysia~
Perbincangan ini akan meliputi 3 aspek asas dari penghuraian sejarah iaitu (i) pengaruh dari China, India dan Timur Tengah (ii) Pengaruh Barat (iv) Pengaruh dari sudut Dunia Melayu lama seperti Thailand dan Indonesia. Ketiga-tiga asas pengaruh tersebut akan dilihat secara spesifik bagaimana kumpulan tersebut membawa masuk muzik serta alatan muzik sehingga melahirkan aset tersendiri terhadap alat-alat muzik di Malaysia. Kita melihat perkembangan dari tiga aspek adalah kerana terdapat banyak persamaan dari segi alat dan struktur muzik di Malaysia secara khususnya. Hal ini kerana wujudnya pelbagai interaksi dan faktor yang turut memberi kesan ke atas muzik tersebut. Penelitian ini akan memberi gambaran yang jelas terhadap interaksi kebudayaan yang mewujudkan personafikasi dan diversifikasi bentuk muzik di Malaysia.

Di akhir perbentangan tersebut saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah dan pengaruh dari elemen luar dalam membentuk muzik tradisional di Malaysia, beberapa contoh alat muzik yang di perkembangkan di Malaysia kesan dari pengaruh2 luar dan secara tidak langsung dapat memahami nilai2 yang terkandung dalam alatan muzik tradisonal berdasarkan penelitian sejarah itu sendiri.


~Zikir~
Pelbagai maksud dan definisi dapat diberikan kepada pengertian zikir. Dari segi bahasa zikir bermaksud mengingati. Semantara dari segi istilah pula zikir merupakan mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati. Zikir terbahagi kepada dua iaitu zikir Qalbi dan zikir Lisani. Zikir Qalbi merujuk kepada zikir yang dilakukan untuk memperingati Allah dengan berzikir dengan hati. Sementara itu, zikir lisani pula zikir yang dilakukan untuk memperingati Allah dengan lidan dan perbuatan.

Perkembangan zikir di Tanah Melayu bermula seiring dengan kedatangan Islam di Tanah Melayu iaitu sekitar abad ke- 7 masihi apabila agama Islam di bawa oleh pedagang Islam dari China dan Timur Tengah.pengaruh dan pernana zikir dilihat penting apabila digunakan dalam acara- acara seperti majlis tahlil, marhaban, cukur jambul, majlis khatam quran, majlis berkhatan, majlis rasmi lain dan sebagainya.

Sebagaimana yang diketahui, zikir merupakan satu budaya yang digalakkan di dalam agama Islam untuk mencapai kedamaian dan kebahagiaan. Jika dilihat secara keseluruhannya, tidak ada hujah yang dapat dijelaskan untuk menyatakan pengaruh-pengaruh amalan zikir ini. Cuma dalam Mazhab Imam Shafi’e ada menyebut tentang amalan zikir.

Kadangkala wujud kekeliruan di benak fikiran sesetengan individu terhadap zikir, zanji dan juga selawat.Dari segi bahasa zikir bermaksud mengingati. Semantara dari segi istilah pula zikir merupakan mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati. Berzanji merupakan sajak yang dicipta untuk mengingati dan mengagungkan kebesaran nabi Muhammad S.A.W dan ia seringkali dideklemasikan pada hari-hari tertentu seperti pada hari kelahiran baginda dan juga selepas selesai solat. Selawat merupakan ucapan atau kata-kata pujian kepada nabi dan rasul dan ia biasanya dilakukan semasa bersembahyang, dan boleh juga dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada semasa berjalan, berbaring atau duduk.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 Yuniza Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template