Pada minggu ini, perbentangan diteruskan lagi dengan kumpulan seterusnya yang membentangkan tajuk Boria. Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia terutama di Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian. Persembahan boria mempunyai dua segmen, iaitu lakonan (lawak jenaka) dan nyanyian. Perlatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting adalah keupayaan para pemuzik untuk membawa iarama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walaubagaimanapun seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin baiklah persembahan tersebut. Di antara alat muzik yang sering digunakan adalah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordian, harmonika dan lain-lain. Hubungan di antara pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang dimainkan merupakan cerita Arab, maka pakaian yang digunakan adala ala Arab. Muzik dan tarian yang dimainkan pun mirip bentuk Arab. Malah bahasa yang digunakan juga adalah te'lor Arab.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment