Sunday, October 31, 2010

Jurnal Refleksi: Minggu ke 14

Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu ke 14 semester ini. Banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang sesi pembelajaran yang berlangsung selama 14 minggu. Segala yang dipelajari dan diajari merupakan perkara yang paling bermakna bagi diri sya dan diharapkan juga kepada rakan-rakan sekalian.

Pada kuliah yang pertama pensyarah telah menerangkan secara ringkas dan pengenalan tentang apa itu muzik tradisional. Sebelum ini saya hanya tahu muzik tradisional secara luaran sahaja dan tidak secara mendalam, tapi sekarang sehingga minggu yang terakhir saya telah mengetahui secara mendalam berkenaan apa itu muzik tradisonal, alatan-alatan muzik yang digunakan dan pelbagai lagi pengetahuan tentang muzik tradisional di mana negara kita kaya dengan pelbagai jenis muzik tradisional dari pelbagai bangsa, kaum dan agama.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pensyarah menggunakan pendekatan pengjaran melalui blog inidividu yang diwajibkan setiap pelajar untuk membuat. Saya merasakan ini adalah suatu pendekatan baru yang diperkenalkan dan mudah memandangkan sekarang penggunaan IT digunakan secara meluas. Setiap pelajar boleh berbincang sesama rakan dan bertanyakan soalan kepada pensyarah melalui blog ini. Pada setiap minggu juga, kami perlu membuat jurnal refleksi selepas sesi kuliah pada minggu tersebut. Pada mulanya saya merasakan ia suatu bebanan kerana terpaksa membuat refleksi setiap minggu, tetapi lama kelamaan baru saya dapat tahu kebaikannya kerana dengan membuat refleksi ini mengajar sya untuk menulis dan memberikan komen dengan baik tentang apa yang telah dipelajari. Sepanjang kuliah yang dijalankan pada setiap minggu, semua individu meberikan kerjasama kepada pensyarah dan begitu juga sebaliknya.

Bermula minggu ke sembilan sehingga minggu ke tiga belas, perbentangan setiap kumpulan telah berlangsung. Setiap kumpulan secara keseluruhannya memberikan komitmen terhadap tajuk dan topik yang telah diberikan oleh pensyarah. Walaupun mungkin ada beberapa kumpulan yang menghadapai kesukaran dalam mendapatkan maklumat tetapi mereka telah mencuba yang terbaik untuk kumpulan mereka. Maklumat yang disampaikan banyak memberi informasi yang berguna kepada kami semua.

Secara kesimpulannya, saya merasa gembira dan berpuas hati dengan kelas muzik tradisional Malaysia SMP2252. Banyak informasi yang berguna saya perolehi sepanjang sesi kuliah selama 14 minggu. Diharapkan pada masa akan datang akan diperbanyakkan lagi aktiviti yang menarik contohnya membuat lawatan ke pusat-pusat kesenian dan lain- lain lagi agar pelajar dapat melihat dan berpeluang untuk menyaksikan persembahan secara lebih dekat. Sekian terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 Yuniza Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template