Sunday, October 17, 2010

Minggu 12 : Jurnal Refleksi

Salam diucapkan kepada En. Amran dan rakan-rakan yang lain. Pada minggu ke 12 ini merupakan perbentangan yang terakhir oleh dua lagi kumpulan iaitu kumpulan pertama telah membentangkan berkenaan opera China dan Po Te Hi manakala kumpulan kedua pula membentangkan berkenaan muzik di Sabah dan Sarawak.

Bagi kumpulan yang pertama adalah merupakan perbentangan kali kedua bagi kumpulan ini kerana perbentangan mereka sebelum ini kurang persediaan dari segi maklumat yang mereka perolehi. Pada perbentangan kali ini, kumpulan ini nampak lebih berkeyakinan dan maklumat yang mereka perolehi adalah lebih terperinci. Mereka telah membuat kajian lapangan di ASWARA bagi mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang tajuk mereka. Opera cina adalah suatu persembahan yang menarik dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri yang kita boleh lihat dari segi kostum yang digunakan dan topeng-topeng yang membawa maksudnya yang tersendiri. Po Te Hi juga tidak kurang menariknya kerana cara persembahannya adalah menggunakan jari bagi menggerakkan patung-patung kecil dalam persembahan mereka. Sayangnya kumpulan ini tidak menerangkan secara terperinci mengenai Po Te Hi. Di harapkan pada masa akan datang akan ada kumpulan yang mengkaji kajian yang lebih mendalam mengenai Po Te Hi.

Kumpulan kedua pula membentangkan tajuk mengenai muzik di Sabah dan Sarawak. Perbentangan mereka agak memuaskan kan tetapi kurang menarik dan kurang berkeyakinan. Ini mungkin mereka tidak memperolehi maklumat yang cukup dan secara terperinci mengenai tajuk mereka. Apa pun mereka banyak menunjukkan video-video bagaimana persembahan tarian-tarian dan muzik yang terdapat di sabah dan Sarawak. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat penonton untuk melihat video tersebut. Banyak sebenarnta tarian-tarian yang terdapat di Sabah dan Sarawak yang saya tidak tahu, yang sebelum ini saya hanya tahu berkenaan dengan tarian sumazau sahaja. Di Sabah dan Sarawak terdapat begitu pelbagai etnik, jadi tidak hairanlah mereka mempunyai pelbagai jenis tarian dan muzik yang menarik dan harus ditonjolkan kepada masyarakat terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Secara kesimpulannya, kedua-dua kumpulan telah membuat perbentangan yang baik dan memuaskan.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 Yuniza Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template