Sunday, September 26, 2010

Minggu 9: Jurnal Refleksi


Salam 1 Malaysia n selamat hari raya kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En Amran Aris. Pada minggu ke-9 ini dua lagi kumpulan yang membentangkan tentang Ghazal dan Opera China. Kumpulan pertama membentangkan tentang Ghazal. Gahazal terbahagi kepada 2 iaitu ghazal Johor dan gahazal parti. Ghazal Johor terkenal di negeri Johor dan terdapat iringan muzik asli dan tradisional manakala ghazal Parti pula terkenal di negeri sebelah utara terutamanya Pulau Pinang yang mempunyai unsur lawak, nyanyian dan juga ada penari. Kumpulan ini membuat perbentangan yang baik namun perlu sedikit penambahbaikan dari segi maklumat yang mereka perolehi kerana masih ada beberapa maklumat yang kurang tepat dan tidak dikaji secara mendalam. Ini mungkin kerana faktor masa dan kumpulan tersebut perlu turun padang untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang tajuk yang mereka perolehi.





Kumpulan kedua pula membentangkan mengenai opera cina. Perbentangan kumpulan ini boleh dikatakan agak baik namun mereka perlu lebih berkeyakinan dengan apa yang mereka ingin sampaikan. Mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada hanya satu sahaja sumber bagi mendapatkan maklumat.mereka hanya mendapatkan maklumat semata-mata dari internet sahaja. Kumpulan ini perlu membuat penambahbaikan dalam mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang opera cina. Pensyarah juga menasihati supaya kumpulan ini perlu fokuskan tentang Opera Cina di Malaysia dan mebuat perbandingan dengan opera cina selain di Malaysia. Ini kerana Subjek ini berkaitan dengan muzik tradisional di Malaysia.

Secara kesimpulannya kedua-dua kumpulan pada minggu ini telah mebuat perbentangan mereka dengan baik dan boleh diperbaiki lagi di masa hadapan jika ada sedikit kekurangan..Tahnaiah diucapkan kepeda kedua-dua kumpulan.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 Yuniza Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template