Sunday, October 3, 2010

Minggu 10 Jurnal Refleksi

Salam 1 Malaysia...Pada minggu ke 10 kali ini, 2lagi kumpulan membuta perbentangan iaitu kumpulan pertama berkenaan muzik klasik India manakala kumpulan kedua pula tentang muzik orang asli...

Muzik Klasik India
-Muzik klasik India merupakan salah satu muzik yang tertua. Muzik India bermula kira-kira abad ke-2 selepas masihi. Di percayai perkembangan muzik india berlaku selepas bangsa Arya bermingrasi ke India kira-kira 1500sm. Muzik india terus berkembang dan menjadi penting pada abad ke 20 selepas merdeka pada tahun 1947 sebagai sibol keagungan, penghormatan dunia kepada muzik india. Menurut lagenda, muzik India ini mendapat inspirasi dari pemujaan para dewa dewi. Masyarakat India klasik percaya bahawa dewa Shiwa yang menciptakan suara,irama, dan tari-tarian lalu diturunkan olehnya seseorang yang pandai untuk mengajar masyarakat India.
-Terdapat empat keluarga instrumen muzik India iaitu Tantrigad(alat muzik bertali),Anandha(alat muzik perkusi,Sushir(alat muzik jenis tiupan) dan Ghan(alat muzik logam).
-Perbentangan kumpulan ini agak menarik dan terperinci.Saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya tentang muzik klasik India yang sebelum ini saya tidak pernah tahu terperinci tentang muzik ini.


Muzik Orang Asli
-Sewang. Muzik Sewang diamalkan oleh masyarakat orang asli senoi dan Negrito. Sewang terdiri daripada muzik, nyanyian solo dan beramai-ramai serta tarian. Muzik berunsurkan amalan ritual ini sering dikaitkan dengan kehadiran hantu dan gunik. Roh sering dirujuk bagi entiti baik manakala gunik dirujuk sebagai entiti jahat dalam masyarakat ini. Gunik dikatakan sering bertanggungjawab terhadap nasib malang, penyakit dan mala petaka dan ia wujud dalam semangat harimau, guruh dan entiti jahat yang lain. Roh pula dikaitkan dengan semangat orang-orang yang telah meninggal terdiri daripada ketua-ketua atau tokoh-tokoh hebat dalam masyarakat setempat. Mereka biasanya terdiri daripada mantan tok batin, pawang dan pahlawan-pahlawan.
-
Sewang Gelap biasanya dijalankan 7 hari 7 malam berturut-turut. Tidak ada bunyi bising seperti gelak ketawa atau kanak-kanak menangis dibenarkan semasa muzik dan tarian sewang dijalankan.Sewang Gelap juga dijalankan sebagai pemutus ubat. Bagi tujuan ini, sekurang-kurangnya 20 pesakit yang telah diubati dan masih belum menjalankan upacara pemutus ubat hendaklah berkongsi menjalankan sewang. Pengeras atau “sko” hendaklah disediakan oleh pesakit dalam bentuk wang perak (wang syiling biasa) untuk diberi kepada gunik. Hala’ boleh membatalkan upacara sewang jika beliau mendapat “mimpi” atau sebab-sebab lain. Pesakit yang tidak dapat hadir hendaklah menggantikannya dengan sedikit darah yang diambil dari bahagian kaki.
-secara keseluruhannya perbentangan kumpulan ini sangat memuaskan. Mereka telah membuat kerja lapangan ke Muzium Orang Asli yang terletak di Gombak. Mereka menyatakan bahawa orang asli mempunyai pelbagai etnik dan sukar untuk dikaji. Etnik ataupun kaum yang paling ramai populasinya adalah dari suku kaum Semai dan Temiar.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 Yuniza Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template