~Ghazal Johor~
Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini.Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.
Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga,Singapura. Di Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.
Peralatan muzik ghazal pada mula-mulanya terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do(Gendang). Kemudian alat-alat ini ditambah lagi dengan beberapa jenis alat muzik yang sesuai seperti gitar, kecepi Jepun, Keroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik yang lain seperti ukeleli dan sebagainya tetapi oleh kerana terlampau riuh dan mengganggu serta boleh menghilangkan silau dan lemah lembut lagu-lagu Melayu maka alat-alat itu dibatalkan.
~Ghazal Parti di Pulai Pinang~
Ghazal parti berkembang di negeri-negeri di utara Semenanjung seperti di PulauPinang, Kedah, dan Perak. Ghazal parti mendapat pengaruh daripada Timur Tengah. Lagu ghazal parti ialah lagu yang berirama padang pasir. Sama ada liriknya dalam bahasa Arab atau Melayu, irama lagu yang didendangkan ialah irama padang pasir. Perkataan parti itu ditambah kepada perkataan ghazal untuk memberitahu betapa meriahnya permainan ghazal yang berkembang di utara Semenanjung ini. Kemeriahan itu menonjol apabila persembahan itu diserikan dengan penari-penari jelita yang menari tarian gelek ala Timur Tengah atau tarian ala Samia Gamaal, iaitu penari gelek dan pelakon filem yang terkenal dari Mesir. Selain tarian, ghazal parti juga dimeriahkan lagi dengan adanya lawak jenaka. Dengan kata lain, ghazal parti di utara Semenanjung berbeza sangat dengan ghazal Melayu Johor.
Secara kesimpulannya, kumpulan ini nampak lebih berkeyakinan dengan perbentangan mereka berbanding dengan perbentangan yang pernah dibuat sebelum ini. Maklumat yang diperolehi adalah lebih terperinci dan tepat. Mereka telah membuat beberapa penambahbaikan dalam perbentangan mereka.
0 comments:
Post a Comment